Ingat kirim uang ke Indonesia, Ingat Mandiri Remittance

Notis Privasi

Notis Privasi (Perlindungan Data Peribadi)                                        Lampiran 1

Pengenalan

. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Mandiri International Remittance Sdn Bhd (MIR) menggunakan data peribadi anda.

. MIR amat komited untuk memastikan data peribadi diproses mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).

. Notis ini berkaitan dengan data peribadi yang anda kongsikan secara sukarela dengan MIR apabila anda menggunakan servis kami.

. Notis ini juga terpakai untuk laman web dan semua produk juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh MIR.

 

Tujuan Notis Privasi

. Notis ini dikeluarkan selaras dengan APDP kepada semua individu / syarikat yang merupakan pelanggan, rakan kongsi pintar, pihak  

  yang berkepentingan serta pekerja mereka yang berurusan dengan MIR.

 

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

. MIR memproses data peribadi seperti dibawah tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut :

  1. Untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh pelanggan-pelanggan
  2. Untuk menyediakan maklumat yang sesuai mengenai produk dan perkhidmatan kami
  3. Untuk program ganjaran yang mana anda telah mendaftar
  4. Untuk proses pemasaran juga aktiviti-aktiviti pembangunan MIR
  5. Untuk pengesahan maklumat yang berkaitan dengan butir-butir peribadi, latarbelakang pekerjaan dan kedudukan kewangan
  6. Untuk pencegahan penipuan, mengelakkan apa-apa aktiviti haram juga untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan
  7. Lain-lain aktiviti perniagaan yang sah daripada MIR.

 

Jenis Pemprosesan Data Peribadi

. MIR memproses maklumat data peribadi yang tepat dan lengkap yang perlu diberikan oleh pelanggan-pelanggan kepada kami  

  termasuklah, tetapi tidak terhad kepada perkara seperti berikut :

  1. Butir-butir peribadi : nama, nombor kad pengenalan/passport, warganegara, bangsa, tarikh lahir, umur, alamat, nombor telefon, nama penerima, no. akaun penerima, no. telefon penerima, alamat penerima, hubungan dengan penerima
  2. Butir-butir pekerjaan juga sumber kewangan.

 

Pendedahan Data Peribadi

. Data peribadi yang disimpan oleh MIR akan disimpan secara sulit. MIR mungkin akan mendedahkan data peribadi anda kepada  

  pihak berikut, termasuklah permintaan wajib yang dibuat oleh mana-mana pihak dibawah undang-undang Malaysia berkenaan :

  1. Pihak syarikat yang bertindak sebagai pembekal kepada perkhidmatan kami
  2. Mana-mana institusi kewangan yang membantu kami dalam proses transaksi yang anda minta
  3. Pihak berkuasa kerajaan untuk kawal selia, dan mematuhi keperluan undang-undang Malaysia.

 

Keselamatan Data Peribadi

. MIR mengambil langkah-langkah yang praktikal dan berkesan untuk melindungi data peribadi yang dikumpul dan kerahsiaannya.

. MIR memastikan pentadbiran yang bersesuaian, perlindungan keselamatan dan prosedur yang diambil adalah selaras dengan

  undang-undang dan peraturan-peraturan bagi perlindungan data peribadi.

 

Penyimpanan Data Peribadi

. Pihak MIR akan memastikan menyimpan dan mengendalikan maklumat yang dikumpul itu dikekalkan mengikut jadual

  penyimpanan rekod kami dan dimusnahkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 10 APDP.

 

Integriti Data Peribadi

. MIR perlu memastikan bahawa segala data yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan adalah betul, tepat juga terkini dalam proses   

  menyediakan transaksi juga perkhidmatan kepada pelanggan. Jika terdapat sebarang perubahan, anda perlu memberitahu MIR

  dengan sewajarnya.

 

Prinsip akses Data Peribadi

. Dibawah APDP ini, pihak pelanggan mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda bagi memastikan, bahawa data peribadi

  yang MIR simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

 

  Untuk sebarang penjelasan berhubung dengan Notis Privasi ini dan permintaan berkaitan maklumat peribadi, anda boleh meminta  

  untuk dipinda dan / atau diubah data peribadi dengan menghubungi pihak MIR di :

  Alamat       :  Mandiri International Remittance, Wisma Mepro, Ground Floor, 29 & 31, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

  No. telefon: 03-40454988.        Waktu operasi : 9.00 pg – 6.00 ptg (Isnin – Jumaat, tidak termasuk cuti umum).

News
Pengunjung